Bab 11 : Pengurusan Pelbagai Budaya

RUMUSAN TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA.

Bab ini membolehkan kami mengetahui, memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan merentas budaya dan isu-isu budaya di sekolah. Pengurusan pelbagai budaya ialah suatu sistem pengurusan yang sistematik, teratur dan efektif adalah penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencerminkan prestasi sekolah di mata masyarakat. Topik ini juga menyentuh mengenai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Murid yang berbeza budaya ini memerlukan pengurusan yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan bacaan.

Selain itu, pengurusan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bilik darjah yang melibatkan kepelbagaian latar belakang etnik. Hal ini dapat membantu guru mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian etnik. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Adalah tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid. Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 

Akhir kata, peranan guru juga diperlukan sebagai ‘Physical Environment Designer’. Tambahan pula kurikulum mata pelajaran yang diajar, penerapan nilai murni dan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan turut terlibat. Isu kepelbagaian budaya murid seperti bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, masyarakat majmuk, penyatuan jati diri Malaysia, belia generasi negara, dan sekolah wawasan menjadi isu dalam pengurusan pelbagai budaya ini yang perlu diambil kira oleh semua bakal guru.

Rujukan: https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

Comments

Popular posts from this blog

Bab 13 : Sekolah Dan Persekitaran

Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran