Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran

RUMUSAN TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Topik ini, menghurai dan menyenaraikan teori motivasi, persediaan ke alam persekolahan serta kajian dan aksi guru di sekolah. Setiap bakal guru perlulah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke alam persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, powerpoint, dan video. 

Justeru, guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara efektif. Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi ke pendidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik. Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya dengan penuh empati serta. 

Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran sedemikian akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum. 

Sebagaimana yang kita ketahui, bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalingan pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Guru berkebolehan menjangkau perlakuan yang akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik. Semua ini menjadi key performance index terhadap keterampilan guru dan guru efektif.

Rujukan : https://prezi.com/kfa6tzvhhdjf/pengurusan-alam-pembelajaran/

Comments

Popular posts from this blog

Bab 13 : Sekolah Dan Persekitaran

Bab 11 : Pengurusan Pelbagai Budaya