Bab 12 :Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

RUMUSAN TAJUK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Pengurusan murid merupakan satu agenda penting dalam sebuah institusi pendidikan. Menurut Khairul Yusri (2007) pelbagai upaya adalah, perbezaan pelajar adalah dari segi ketaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar. Pengurusan murid yang efektif mampu memberikan impak yang mendalam terhadap personaliti murid seperti tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, intrapersonal dan interpersonal. Lantaran ini kerana ianya selaras dengan perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di Malaysia dapat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). 

Selain itu, kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung kepada masalah seseorang murid itu. Dalam aspek pemulihan proses pengajaran berfokus kepada punca masalah ketidakupayaan seseorang murid yang menghalangnya berfungsi secara normal. Ketidakupayaan murid tersebut bukanlah berpunca daripada kecacatan tetapi disebabkan gangguan yang ada pada diri (psikologi). Program Pemulihan Khas diwujudkan bagi menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dikuasai mengikut piawaian yang ditetapkan.

Di samping itu, pengayaan merupakan aktiviti tambahan yang lebih kompleks kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan kompleks tetapi bersifat menarik dan mencabar. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman disamping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Terdapat juga pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat.

Seterusnya, kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan. Manakala, murid berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai golongan murid istimewa yang kurang berupaya (disabled), murid pintar cerdas (gifted), murid berisiko (at risk) dan murid bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku. Pengurusan murid yang dikendalikan oleh guru di sekolah dapat membantu menarik minat murid untuk belajar dan memperkembangkan kebolehan mereka dari segi kognitif, afektif, dan psikomotor.

Dalam tajuk, apa yang dapat lihat adalah pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas mempunyai hubungkait di antara satu sama lain dan guru di sekolah haruslah kreatif dalam menjalankan P&P di dalam kelas serta bijak dalam memberikan pendidikan kepada murid mengikut tahap mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

Rujukan : http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html

Comments

Popular posts from this blog

Bab 13 : Sekolah Dan Persekitaran

Bab 11 : Pengurusan Pelbagai Budaya

Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran