Bab 3 : Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar
RUMUSAN TOPIK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Rujukan: https://www.slideshare.net/1232747313/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar-kps3014
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Seterusnya, pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Selain itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar dengan berkesan.
Comments
Post a Comment