Bab 5 : Pengurusan Murid
RUMUSAN TOPIK 5: PENGURUSAN MURID
Rujukan: https://www.scribd.com/document/123096035/PENGURUSAN-MURID
Secara konklusinya, pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Bagi mendapatkan impak yang berjaya pengurusan murid di sesebuah institusi pendidikan tersebut haruslah dikendalikan dengan penuh komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat seperti jawatan tertinggi di sekolah yang mentadbir sekolah dan dibantu pula oleh guru, kaunselor serta ibu bapa murid itu sendiri.
Suatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dan mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi kerana melalui rekod pelajar yang dicatat oleh guru bagi seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan, kebolehan, kemajuan serta pencapaian murid. Maka, segala yang telah direkodkan boleh dijadikan rujukan bagi guru dan ibu bapa untuk membantu memastikan murid tersebut dapat mengekalkan prestasi akademik dan juga sahsiah murid serta dapat membantu pihak sekolah untuk menghubungi keluarga murid sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pelajar seperti kemalangan atau perkara yang berkaitan disiplin.
Selain daripada itu, pengurusan murid juga dapat membantu menarik minat murid untuk belajar kerana melalui persediaan sebelum belajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Persediaan yang dimaksudkan adalah persediaan dari segi kognitif, afektif dan juga psikomotor. Hal ini dapat membantu murid untuk lebih bersedia dan berkeyakinan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Misalnya, antara persediaan dari segi kognitif yang boleh disediakan adalah dengan mendedahkan murid terhadap sukatan pelajaran dalam mata pelajaran yang akan mereka pelajari. Secara tidak langsung, murid akan lebih bersedia untuk memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan: https://www.scribd.com/document/123096035/PENGURUSAN-MURID
Comments
Post a Comment