Bab 7 : Pengurusan Sumber

RUMUSAN TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering digunakan oleh pelajar dan guru di sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber ialah (1) penggunaan buku teks, (2) aktiviti penelitian, (3) pencarian bahan dari pelbagai sumber, (4) latihan penyelesaian masalah dan (5) penggunaan alat pandang dengar.

Rujukan: https://www.scribd.com/document/53622580/pengurusan-sumber

Comments

Popular posts from this blog

Bab 13 : Sekolah Dan Persekitaran

Bab 11 : Pengurusan Pelbagai Budaya

Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran