Bab 8 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran

RUMUSAN TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan sebagainya.

Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar, pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah. Antara strateginya adalah seperti perancangan murid, perancangan bilik darjah, wujudkan suasana konduksi, dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini.

Rujukan: https://www.scribd.com/presentation/56390370/k-7-Strategi-Mengurus-Bilik-Pembelajaran

Comments

Popular posts from this blog

Bab 13 : Sekolah Dan Persekitaran

Bab 11 : Pengurusan Pelbagai Budaya

Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran