Bab 9 : Pengurusan Tingkah Laku
RUMUSAN TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Rujukan: https://www.scribd.com/doc/21195044/Pengurusan-Tingkah-Laku-PBS
Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin diadakan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar pelajar berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk disiplin secara paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak jika mereka dipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka.
Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun peraturan itu tidak rasional. Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang tidak bersetuju memakai pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri.
Rujukan: https://www.scribd.com/doc/21195044/Pengurusan-Tingkah-Laku-PBS
Comments
Post a Comment