Posts

Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran

RUMUSAN TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Topik ini, menghurai dan menyenaraikan teori motivasi, persediaan ke alam persekolahan serta kajian dan aksi guru di sekolah. Setiap bakal guru perlulah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke alam persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Murid lebih tertarik kepada kaedah ...

Bab 13 : Sekolah Dan Persekitaran

RUMUSAN TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan ceria. Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan. Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankan aspek iklim dan persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram sekiranya persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising. Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).  Secara...

Bab 12 :Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

RUMUSAN TAJUK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA Pengurusan murid merupakan satu agenda penting dalam sebuah institusi pendidikan. Menurut Khairul Yusri (2007) pelbagai upaya adalah, perbezaan pelajar adalah dari segi ketaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar. Pengurusan murid yang efektif mampu memberikan impak yang mendalam terhadap personaliti murid seperti tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, intrapersonal dan interpersonal. Lantaran ini kerana ianya selaras dengan perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di Malaysia dapat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).  Selain itu, kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung kepada masalah seseorang murid itu. Dalam aspek pemulihan proses pengajaran berfokus kepada punca masalah ketidakupayaan seseorang murid yang m...

Bab 11 : Pengurusan Pelbagai Budaya

RUMUSAN TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA. Bab ini membolehkan kami mengetahui, memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan merentas budaya dan isu-isu budaya di sekolah. Pengurusan pelbagai budaya ialah suatu sistem pengurusan yang sistematik, teratur dan efektif adalah penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencerminkan prestasi sekolah di mata masyarakat. Topik ini juga menyentuh mengenai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Murid yang berbeza budaya ini memerlukan pengurusan yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan baca...

Bab 10 : Pengurusan Penasihatan Murid

RUMUSAN TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID. Konsep penasihatan Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat Kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk, yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak Ciri-ciri penasihat berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu...

Bab 9 : Pengurusan Tingkah Laku

RUMUSAN TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin diadakan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar pelajar berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk disiplin secara paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak jika mereka...

Bab 8 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran

RUMUSAN TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan sebagainya. Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan...