Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran
RUMUSAN TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Topik ini, menghurai dan menyenaraikan teori motivasi, persediaan ke alam persekolahan serta kajian dan aksi guru di sekolah. Setiap bakal guru perlulah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke alam persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Murid lebih tertarik kepada kaedah ...